Friday, February 6, 2009

MENGAPA TAKAFUL ?

MENGAPA ?
TAKAFUL IKHLAS :
  • Menyediakan perlindungan berlandaskan Syariah.
  • Sumbangan dilaburkan dalam instrumen kewangan yang dibenarkan oleh
  • Syari’ah.Kontrak yang jelas (transparent).
  • Perkongsian “lebihan” ( Tabung Tabarru’ & Peserta).
  • Pulangan keuntungan bersih kepada peserta.
  • Membina budaya tolong-menolong dalam masyarakat.

REALITI TAKAFUL DI MALAYSIA

•Menurut Laporan BNM tahap penembusan sijil takaful berbanding jumlah penduduk hanyalah dalam lingkungan 5% berbanding perniagaan insurans konvensional sebanyak 30%.
•Tahap kesedaran terhadap pemilikan perlindungan diri dan harta benda masih rendah.
•Sesetengahnya berpegang kepada konsep tawakkal yang silap. Berserah kepada ketentuan takdir semata-mata.

KEBAIKAN MEMPUNYAI PERLINDUNGAN DIRI
•Digalakkan oleh Syara’.
وَلْيَخْشَ الَّذِينَ لَوْ تَرَكُواْ مِنْ خَلْفِهِمْ ذُرِّيَّةً ضِعَافاً خَافُواْ عَلَيْهِمْ فَلْيَتَّقُوا اللّهَ وَلْيَقُولُواْ قَوْلاً سَدِيداً

•“Dan hendaklah takut (kepada Allah daripada melakukan aniaya kepada anak-anak yatim oleh) orang-orang (yang menjadi penjaganya), yang jika ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak-anak yang daif (yatim) di belakang mereka, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka; oleh itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang betul (menepati kebenaran).”
(al-Nissa’ 9)

No comments: