Saturday, February 7, 2009

Friday, February 6, 2009

Suami Meraban

Ujian ketabahan sang suami. Jika dibayangkan, dengan kekurangan kewangan tambahan pula Allah menguji dengan mendatangkan penyakit, apakah reaksi anda.....

Hilang Tempat Bergantung


STRUKTUR EKONOMI

MENGAPA TAKAFUL ?

MENGAPA ?
TAKAFUL IKHLAS :
  • Menyediakan perlindungan berlandaskan Syariah.
  • Sumbangan dilaburkan dalam instrumen kewangan yang dibenarkan oleh
  • Syari’ah.Kontrak yang jelas (transparent).
  • Perkongsian “lebihan” ( Tabung Tabarru’ & Peserta).
  • Pulangan keuntungan bersih kepada peserta.
  • Membina budaya tolong-menolong dalam masyarakat.

REALITI TAKAFUL DI MALAYSIA

•Menurut Laporan BNM tahap penembusan sijil takaful berbanding jumlah penduduk hanyalah dalam lingkungan 5% berbanding perniagaan insurans konvensional sebanyak 30%.
•Tahap kesedaran terhadap pemilikan perlindungan diri dan harta benda masih rendah.
•Sesetengahnya berpegang kepada konsep tawakkal yang silap. Berserah kepada ketentuan takdir semata-mata.

KEBAIKAN MEMPUNYAI PERLINDUNGAN DIRI
•Digalakkan oleh Syara’.
وَلْيَخْشَ الَّذِينَ لَوْ تَرَكُواْ مِنْ خَلْفِهِمْ ذُرِّيَّةً ضِعَافاً خَافُواْ عَلَيْهِمْ فَلْيَتَّقُوا اللّهَ وَلْيَقُولُواْ قَوْلاً سَدِيداً

•“Dan hendaklah takut (kepada Allah daripada melakukan aniaya kepada anak-anak yatim oleh) orang-orang (yang menjadi penjaganya), yang jika ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak-anak yang daif (yatim) di belakang mereka, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka; oleh itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang betul (menepati kebenaran).”
(al-Nissa’ 9)

PERBEZAAN TAKAFUL DENGAN INSURANS KONVENSIONAL

INSURANS KONVENSIONAL
Ada unsur yang merosakkan aqad:
  1. Gharar- Ketidakpastian
    2. Maisir- Unsur–unsur Judi
    3. Riba – Unsur Penindasan

GHARAR KETIDAKPASTIAN
َنهَى رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم عَن بَيعِ الحَصَاةِ وَبَيعِ الغَرَرِ
رواه البيهقي
“Rasulullah saw melarang daripada menjual barang (secara melontar batu) dan jualan yang mempunyai gharar (ketidakpastian)”
- Riwayat Baihaqi -

MAISIR/JUDI
“Membuat Sesuatu Taruhan Bagi Mendapat Sesuatu Perkara”
قال تعالى: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (90)
[90] “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya” (al-Maidah: 90)

RIBA
وَأَحَلَّ اللّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا

“Dan Allah menghalalkan jualbeli dan
mengharamkan riba’”
(al-Baqarah:275)

KONSEP TOLONG-MENOLONG DALAM ISLAM

DALIL

قال تعالى: وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ ( المائدة:2)
Maksud Firman Allah swt:
“Dan tolong menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, janganlah kamu tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan”
DEFINISI TAKAFUL

•Kafala – Jamin menjamin antara satu sama lain
•Mewujudkan satu pakatan sesama peserta untuk menderma kepada satu tabung yang akan membantu para peserta ketika ditimpa musibah atau kemalangan.
Kontrak Takaful

•Kontrak Takaful berasaskan Tabarru’
•Kontrak Jual beli diganti dengan Kontrak Tabarru’.
TABARRU’

•Tabarru’ bermaksud derma atau sedekah.
•Putus hubungan antara penderma dan barang yang didermakan.
•Setiap peserta Takaful akan memperuntukan sebahagian atau kesemua carumannya kepada Dana Tabarru’.
•Kontrak Tabarru’ adalah kontrak sebelah pihak.

Tuesday, February 3, 2009

Friday, January 30, 2009

Gemilang Bersama noorikhlas

Assalamualaikum..Setiap menuasia bekerja untuk mendapatkan wang bagi meneruskan kehidupan.Namun begitu, adakah kita benar-benar dapat mengatur wang kita dengan bijak.Sememangnya manusia banyak denagn perancangan pada masa hadapan.Namun begitu, sekiranya percaturan kewangan tidak di susun dengan baik, pasti akan mengundang masalah. Ikutilah kitaran-kitaran kewangan yang sepatutnya kita salurkan.